Description
𝓜𝓮𝓷𝓾𝓷𝓰𝓰𝓾 𝓹𝓮𝓵𝓪𝓷𝓰𝓲 𝓭𝓲 𝓱𝓾𝓳𝓾𝓷𝓰 𝓹𝓮𝓻𝓳𝓪𝓵𝓪𝓷𝓪𝓷 𝓽𝓪𝓴𝓭𝓲𝓻. Khaira Amanda dan Qiel Aswad, keduanya bertemu dalam satu keluarga sebagai adik-beradik tiri. Keduanya saling menyayangi walau mereka bukan datang dari darah yang sama. Pemergian Puan Sahila buat selama-lamanya, ternyata turut membawa kepada perpisahan antara Qiel dan Khaira. "Aku rasa dah sampai masa untuk aku pergi dari rumah ni." - Qiel Aswad "Kau cakap apa ni? Kenapa kau nak keluar? Ini kan rumah kau juga." - Khaira Amanda "Mungkin kau lupa. Rumah ni atas nama ayah. Aku cuma anak tiri je dalam rumah ni. Bila ibu dah tak ada, automatik aku dah tak ada kena-mengena dengan keluarga ni lagi." - Qiel Aswad Mental dan emosi Khaira terdera saban hari mendeoani Encik Hafizi. Segalanya meruncing saat Khaira dikejutkan dengan berita bahawa dia akan dikahwinkan dengan Hisham. Apatah lagi Khaira tahu dirinya sekadar dijadikan alat untuk melunas segala hutang ayahnya. Pertolongan Qiel cuba diraih. Lelaki itu bersetuju membantu, namun hingga hari dia akan dibawa ke sempadan Qiel tak juga muncul. Khaira rasa ditipu. Menjadi isteri Hisham hidup Khaira bagaikan dalam penjara. Seksaan, pukulan, herdikan dan makian menjadi makanan Khaira saban hari. Kerana tidak lagi mampu bertahan, Khaira nekad melarikan diri dari penjara perkahwinanya. Takdir menemukannya kembali dengan Qiel. Tapi Qiel yang ditemuinya bukan lagi Qiel yang sama seperti dahulu. Malu dan segan terpaksa ditolak ke tepi. Kerana dia hanya ada Qiel untuk menariknya kekuar dari hidup yang menyakitkan.
Pengenalan
