Diora
By atulaisy_ckk
5.8K
768
48
  • Romance
  • ais
  • aksi
  • bisnes
  • cinta
  • diora
  • hoki
  • hokiais
  • kolej
  • mafia
  • mahasiswa
  • osiris
  • universiti

Description

Diora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sahaja pertemuan yang berlaku di antara sang dara dan sang arjuna. Diora bukanlah seorang gadis 'nerd' atau gadis ulat buku. Namun, itu tidak menandakan gadis itu tidak suka membaca, malah dirinya seorang pencinta buku. Tidak kira fiksyen mahupun bukan fiksyen. Bingkai kaca mata yang selalu tergantung di hujung puncak hidung bukanlah menandakan Diora seorang 'nerd' tetapi dia rabun jauh. Gadis yang membawa nama makna 'emas' cuma gadis biasa yang sedang menjalankan kehidupan seorang pelajar yang ingin menjulang kejayaan di menara gading. Inilah kehidupannya sebelum menempuh dunia realiti yang penuh cabaran serta dugaan. Osiris bukan lelaki popular kerana dia yakin dalam seribu orang pasti ada wujud seorang yang tidak mengenali siapa dirinya. Namun kenyataan itu tidak dapat dinafikan kerana namanya kerap menjadi buah mulut mahasiswi-mahasiswi universiti. Rupa ada, harta pun ada. Bukan dua itu sahaja menjadikan jejaka itu dambaan wanita. Beza kan mereka? Tetapi, ada sesuatu yang menjadikan mereka tertarik di antara satu sama lain. Hendak kata suka, tak dikata. Hendak kata cinta, tak diluahkan. Namun, rasa itu, ada. Wujud di dalam sudut hati yang paling dalam. Akan adakah takdir di antara Diora dan Osiris? Makluman: Diora akan di update setiap minggu pada hari Jumaat. Thanks for the supports, love and comments ♡♡♡

Bab Satu

Continue Reading on Wattpad
Diora
by atulaisy_ckk
5.8K
768
48
Wattpad