Love Beyond Time
By Aureliaaisyah27
61
6
3
  • Romance
  • aristokrat
  • cinta
  • duke
  • fantasy
  • general
  • historicalromance
  • king
  • love
  • prince
  • queen
  • romance
  • timetravel

Description

Pengembaraan masa? Bagi gadis yang membosankan seperti Aiyanna Raegen perkara itu merupakan perkara terakhir di fikirannya, sekejap oh mungkin tidak! Mungkin perkara kedua terakhir di dalam fikiran selepas cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia menyertai satu ekspedisi bersama pensyarahnya. Penemuan batu permata pra-sejarah yang mistik membawanya melangkaui masa ke zaman penjajahan dan konspirasi yang penuh tipu daya. Kini, dia dijelmakan sebagai gadis dari keluarga bangsawan bernama Florence. Perkenalannya dengan Duke Antonio di kota halamannya, Celadon membuahkan perasaan kepada gadis itu. Namun, serangan dari tentera kerajaan Obsidion membuatkan gadis itu terpisah dengan keluarganya. Dia melarikan diri ke ibu kota negara Aurelion. Penemuan kembali dengan Duke Antonio berakhir apabila dia diperangkap oleh keluarga jejaka berdarah aristokrat itu lalu dijual sebagai hamba sebagai muslihat untuk menjauhkan dirinya dengan anak tunggal mereka. Dijual ke Istana General Alexander, penguasa Obsidion merupakan mimpi buruk bagi Aiyanna. Kini, dia perlu mencari cara untuk kembali ke masa kini untuk terlepas dari semua masalah ini. General Alexander, sepanjang hidupnya dia hanya ada satu matlamat, memiliki keseluruhan tanah negara Celadon dan Aurelion. Dia tidak akan meembenarkan sesiapa berada di jalan menuju matlamatnya. Namun mampukah dia kekal dengan dengan pendirinya apabila matlamatnya hampir goyah kerana ancaman yang datang dari seorang gadis yang tanpa diragui mulai menapak sedikit demi sedikit didalam hatinya yang dingin....

Chapter 1-My love for you is timeless

Continue Reading on Wattpad
Love Beyo...
by Aureliaaisyah27
61
6
3
Wattpad