Description
Ameer Uwais merupakan seorang penulis novel. Novel pertamanya menjadi hangat sejak petama kali diterbitkan. Selepas 2 tahun, pembaca masih ternanti karya baharu dari Ameer. Namun Ameer mempunyai masalah setiap kali dia ingin memulakan projek baharunya. Pada satu hari, Ameer terjumpa dengan seorang gadis, Anggerik, yang merupakan pemilik kedai bunga. Hubungan mereka semakin rapat dan berbunga sehinggalah Anggerik ditimpa kemalangan yang menyebabkan memorinya hilang. Disebabkan memorinya hilang, dia terlupa siapakah Ameer di dalam kehidupannya. Ameer mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan Anggerik semula. Namun, caranya bukan mudah. Ameer bertemu pelbagai halangan untuk kembali muncul di dalam memori Anggerik. Berjayakah Ameer? Temukan jawapannya di dalam Si Pelupa.
Terlupa
