BIDADARI BERDARAH
By KhaiShif
1.8K
128
9
  • Action
  • action
  • fiksyen
  • mystery
  • romance
  • thriller

Description

"Abang ceraikan Siti Adilna Binti Naufal dengan talak satu," Berat lafaz talak meniti di bibir seorang Nafiy Iskandar, buktinya ada air mata yang mengalir di pipi lelaki itu. Sayu hatinya sebagai seorang suami apabila isterinya sendiri yang menginginkannya. Begitu juga hancur impian seorang suami yang mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna. "Bunuh lelaki ni. Dah terlalu banyak dia tahu pasal kita," Namun tanpa sepengetahuan Nafiy Iskandar, sejak lafaz talak itu meniti di bibirnya, hidup lelaki itu telah berada di hujung tanduk. Nyawa dia dan anaknya di ancam. Semuanya kerana perjanjian yang dipersetujuinya sebelum perkahwinan dia dengan Siti Adilna. "Enzo... lindungi cucu dan cicit aku. Pastikan mereka berada dalam keadaan yang selamat. Jangan biarkan nyawa mereka terancam bahaya," Sebuah perintah mutlak untuk seorang ejen rahsia yang dahagakan darah. Pada dasarnya, ejen merupakan unit khas untuk melindungi sesiapa saja, namun berbeza halnya dengan dia. Dia tidak melindungi dan nyawa bukan apa-apa baginya. Namun kerana ianya perintah mutlak, dia akur. Dan sejak saat itu, dunianya telah diterbalikkan 360° bersertakan pengkhianatan terhadap dirinya sendiri.

PROLOG

Continue Reading on Wattpad
BIDADARI...
by KhaiShif
1.8K
128
9
Wattpad