BABY GIRL MR DAIYAN...
By CtNorLiana
2.8K
252
7
  • Romance
  • babygirl
  • babygirlseries
  • love
  • mrdaiyan
  • romance
  • sweet

Description

MIKAYLA ZAINAB... Dia, tiada asal usul. Entah siapa ibu dan ayah kandung pun dia tidak tahu. Nasibnya baik apabila dia dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri. Dijaga penuh kasih sayang sehingga dewasa. Menjadi seorang wanita yang berjaya. Datangnya Mikayla ke Perak atas urusan jual beli tanah dusun. Namun takdir temukan dia dengan seorang lelaki bernama MUHAMMAD DAIYAN! Seorang lelaki yang tinggal di kampung. Kerja pun, kerja kampung saja. Bukanlah persis hero novel dan drama. "Awak ke yang menjerit tadi? Kenapa?" "You macam mana boleh muncul kat sini? Bukan you dah balik ke lepas tunjuk jalan kat kami tadi?" "Hmm, saya memang kerja sini." "Kerja? Kerja apa?" "Bersihkan dusun." Kerana monyet peliharaan Daiyan bernama Kiko, sering berlaku perbalahan kecil di antara keduanya. "Kenapa berlari ke sini? Kenapa tak masuk dalam homestay terus?" "Manalah I tahu. Kaki I yang berlari." "Nampak benda ni? Kalau jatuh kat sini, awak rasa esok awak hidup?" "Ish! Bukan salah I! Salah you!" "Saya? Kenapa saya pulak?" "Salah youlah! Ikatlah monyet you tu. Kalau you ikat dia, dia tak ganggu I, tak adanya I nak lari ke sini." Bila dah selalu bertemu, tanpa sedar telah memutikkan bunga-bunga cinta di hati keduanya. Namun, Mikayla tiba-tiba menghilangkan diri. Beberapa bulan berlalu, takdir temukan mereka kembali. Tetapi, dalam satu situasi yang memaksa mereka untuk berkahwin. Adat berumahtangga, ada pahit dan manis, ada suka dan duka. Satu persatu ujian datang dek kerana dendam dan hasad dengki. Mampukah Mikayla dan Daiyan menghadapi segala ujian yang datang? Mampukah rumahtangga mereka bertahan, atau ia akan roboh begitu saja? "Dalam satu perhubungan, ada tiga perkara penting. Kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan."

PROLOG

Continue Reading on Wattpad
BABY GIRL...
by CtNorLiana
2.8K
252
7
Wattpad