Perfectly Yours! [O...
By cikmochiiz
1.2K
186
190
  • Romance
  • cliche
  • comedy
  • jiran
  • lightromance
  • romance
  • romcom

Description

Apa yang kau akan buat kalau kau jumpa semula musuh tradisi kau? Berbaik dengan dia? Tak tunggu lama, belasah dia sampai tinggal dua batang gigi dia aje? Atau kau ambil jalan paling mudah untuk abaikan dia dan buat-buat tak kenal? Mana satu? Itulah yang berlaku terhadap aku. Alkisahnya, hidup aku pada mulanya sangatlah bahagia. Bahagia yang aku tak mampu nak ungkapkan dengan hanya kata-katalah. Namun, bahagia aku direntap! Oleh siapa? Oleh blind date si Qai yang aku cederakan! Dia tipikal lelaki idaman semua wanita. Kacak maut, ada aura tersendiri, mempunyai kerjaya yang bagus. Kereta dia pun walah, BMW nok. Kau hado? Oh, right. Nama si pembawa malang ini? Nel. Tak payah nak tahu nama panjang dia. Lebih parah, aku dapat tahu dialah jiran misteri aku yang selama ini aku tak ambil peduli pun plus musuh tradisi aku sepuluh tahun yang lalu! Menangis dua tiga malam jugalah aku dibuatnya. Kau nak tahu yang lebih menyedihkan? Aku boleh tersuka kat mamat cicak ni! Macam mana dan bila, aku tak ada jawapan untuk soalan itu. Emaknya pula sibuk nak jodohkan dia dengan minah acah omputeh. Sudahlah fake, jalan pula terkepit-kepit. Lipstik tu berapa layer pakai? Over betul. Apa aku nak buat? Nak harapkan Qai tolong? Mahu menangis aku di bucu katil. Takkan aku bwk Biarkan perasaan aku untuknya terkubur begitu sahaja? Adakah dia pun ada perasaan yang sama terhadap aku? Atau aku saja yang bertepuk sebelah tangan? Kalau ya, menangis tak berlagulah aku ni lagi. Dan rahsia Nel yang tersemat kemas bakal terungkap. Kisah yang cliche tapi bukan cliche. Faham kan? Mostly inspired from true stories. "Eh, cicak. Kau parking motor kau tu biar molek sikit boleh tak? Kau tengok Rara ni! Tercalar balar badannya!" "Rara? Siapa Rara? Biawak yang you bela ke?" "Raralah! Kereta akulah, cerdik!"

꧁𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭𝐥𝐲 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬꧂

Continue Reading on Wattpad
Perfectly...
by cikmochiiz
1.2K
186
190
Wattpad