Bukan Untuk Bahagia
By CallMeSazzy
51.9K
4.2K
340
  • Romance
  • bunuh
  • cinta
  • kejam
  • mafia
  • romance
  • sehzadedayyan
  • tyacairana

Description

Tiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, akhirnya Sehzade melamarnya. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. Namun, bahagia yang disangka berpanjangan, pantas saja ditiup angin taufan. Bahagianya direnggut sekelip mata. Dia diuji bertubi-tubi. Kehadiran lelaki misteri yang dalam diam menjadi stalker Tya, menimbulkan tanda tanya semua orang. Dia bukan musuh, bukan juga seseorang yang berbahaya. Namun, angkara dia seorang, ada nyawa yang ingin dituntut. Sekali lagi, Tya terpaksa menelan kenyataan bahawa suaminya ialah seorang mafia. Sungguh dia perlukan oksigen untuk bernafas dengan tenteram. Menjadi isteri kepada mafia membawa makna, dia juga menjadi mangsa buruan musuh-musuh suaminya. Nyawanya sentiasa di hujung tanduk. "Nampaknya, suami kau tu tak adalah cintakan kau sangat. Kalau tak, kenapa dia sanggup bahayakan diri kau sampai macam ni, kan?" Diculik oleh lelaki yang melabel dirinya sebagai 'sahabat lama' suaminya, Tya sekali lagi diambang bahaya. Motif penculikan, untuk membalas dendam. Seminggu berada di dalam neraka lelaki itu, Tya didera secara fizikal dan mental. Suami yang diharapkan datang untuk menyelamatkannya, gagal, selepas dirinya dicampak tanpa belas kasihan ke dalam hutan. "Saya cuma nak hidup bahagia macam orang lain. Tapi kenapa sejak hidup dengan awak, satu demi satu masalah timpa saya? Apa dosa saya?"- Tya Akhirnya, Tya mempersoalkan takdir hidupnya yang penuh dengan pancaroba. Bahagia yang dipinta, derita yang dia terima. Bila agaknya dia dapat mengecapi sebuah kebahagiaan? "Saya reda kalau bukan takdir saya untuk bahagia di atas muka bumi ini. Saya reda."- Tya

📌Pinned📌

Continue Reading on Wattpad
Bukan Unt...
by CallMeSazzy
51.9K
4.2K
340
Wattpad