Dari Mata
By arasyad_
1.0K
112
15
  • Romance
  • bl
  • bxb
  • cinta
  • drama
  • manuskrip
  • mxb
  • novel
  • romance

Description

Hikayat Darma Sagara, peniaga muda yang berusaha menghidupkan keluarganya setelah kepergian kedua orang tua. Berusaha tidak mengeluh walau wang yang dia miliki hanya mampu membeli bahan mentah untuk dimakan di kemudian waktu. Semua sumber kewangan yang Darma dapatkan, digunakan sepenuhnya untuk membiayai keperluan sekolah adiknya yang masih berada di tingkatan 5. Walau dilanda masalah ekonomi, Darma cuma mampu reda dan berpasrah sepenuhnya kepada Tuhan. Kerana kekangan dalam kewangan, Darma akhirnya harus dengan terpaksa menguburkan seluruh niat juga mimpi yang ingin ia kejar, menurutnya pengorbanan itu perlu bagi kesenangan adiknya. Namun, pertemuan Darma dengan sosok pengusaha bergelar Arjuna serba sedikit merubah jalan cerita dari Darma. Yang awalnya Darma berfikiran pesimis dengan kisah hidupnya, seketika langsung berubah drastik setelah mendengarkan penerangan Arjuna mengenai dunia usahawan. Rasa kagum dan gembira ia rasakan bersahutan, Arjuna ibarat pelangi yang muncul setelah hujan. Tidak henti-hentinya membuat Darma merasa bersyukur. Arjuna yang sering kali membantunya, membuatkan Darma merasa malu serta segan. Perbuatan Arjuna menggambarkan seakan Darma tidak boleh apa-apa tanpa Arjuna, bagai enau dalam belukar semua yang iri padanya akan berspekulasi begitu. Tapi lain pula yang Arjuna rasakan, dia merasa seakan sudah mempunyai hak untuk melayan Darma dengan baik dan itu suatu keharusan baginya. Dia sebenarnya agak bingung dengan perasaan dia sendiri, apalagi dengan keadaan dada yang acap berdetak panjang sesaat bertemu lelaki itu. "Saya tak tahu apa sebabnya, tapi selagi saya rasa nyaman saya akan ikutkan hati saya." ARJUNA PUTERA "Awak jangan lah terlalu berharap pada saya, saya takut awak menyesal," DARMA SAGARA "Tiada penyesalan dalam hidup saya, Darma. Penyesalan saya yang sesungguhnya hanya akan terjadi, jika saya lepaskan awak pergi," ARJUNA PUTERA

Prolog

Continue Reading on Wattpad
Dari Mata
by arasyad_
1.0K
112
15
Wattpad