Darkest Moment (TER...
By ayeshahamani_19
9.0K
616
53
  • Mystery / Thriller
  • blood
  • cinta
  • dark
  • kahwin
  • kill
  • mafia
  • thailand

Description

KHEN THANAWAT@AHMAD ZAHEEN | RATNA ANGGUN Terbitan : Fajar Pakeer Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng membuatkan dirinya larut dalam sunyi. Lontaran kata-lata nista sudah sebati dengan jiwa. Hidup diselubungi kegelapan, namun diredah jua. Malaysia dan Thailand Dua insan ditemukan dalam takdir yang kelam. Siapa sangka, hasrat seorang gadis buta untuk mencari pembunuh orang tuanya membuatkan dia ditemukan oleh seorang ketua kongsi gelap di negara gajah putih itu. "Tolong saya.. tolong cari siapa pembunuh ibu dan bapa saya".- RATNA ANGGUN Kerana terdesak, dia terpaksa meminta lelaki itu membantunya. Tetapi, ada harga yang perlu dibayar. "Boleh, tapi aku ada satu syarat. Aku nak kau ikut aku dan berkhidmat selama dua tahun. Sebagai balasan, aku akan bantu kau cari pembunuh tu". - KHEN THANAWAT Cinta itu bagai batu permata dalam di dasar lautan. Hati yang beku tanpa sebarang belas kasihan pada rintihan sayu mula berubah. Anggun Ratna berjaya memberi secebis kasih yang selama ini Khen Thanawat inginkan. Namun, indah yang didamba, liku sengsara yang diselusuri. Bernafas di dalam dunia yang bermandikan darah dan air mata, tidak mudah. Terleka sikit, nyawa mereka bakal melayang seperti abu di malam hari. Persoalannya, berjayakah Anggun menjejaki pembunuh orang tuanya dengan bantuan Khen? Adakah kegelapan itu sentiasa menyelebungi hidup mereka atau akan ada cahaya yang datang menjengah? Dua jiwa yang berbeza latar belakang dijemput masuk ke dalam takdir yang gelap dan kelam. Persoalannya, berjaya ke mereka bertahan sehingga ke akhirnya? Atau... mereka akan lemas selamanya? Jika momen hitam itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis cahaya terselit bersama untuk melenyapkan segala kegelapan yang merusuh jiwa dan raga.

DISCLAIMER | WATAK

Continue Reading on Wattpad
Darkest M...
by ayeshahamani_19
9.0K
616
53
Wattpad