Description
Menendang perasaan sendiri demi memperjuangkan cintanya untuk lelaki. Menendang cacian dari rakan rakan demi memperjuangkan cintanya untuk lelaki. Dialah Adriana Humayra. Disinilah bermulanya kisah hidupnya. Gadis yang sanggup melakukan apa sahaja demi pujaan hatinya, lelaki itu. Walaupun ditendang tendang perasaan cintanya oleh lelaki itu. Dia tetap bertabah memperjuangkan cintanya kepada lelaki itu. Lelaki itu adalah Aish Ikmal. Disinilah bermulanya rasa cinta yang berputik di hatinya. Dia berpindah ke sebuah sekolah menengah dengan gelaran seorang guru mata pelajaran Sains. Dia berada di sana disebabkan kehendak bapanya. Walaupun terpaksa. Dia dengan ikhlas mengajar murid-murid di sekolah itu. Ketahuan cinta Adriana untuknya bagaikan telah menjatuhkan saham dirinya. Dia tidak dapat menerima semua itu dengan rela hati. "Cinta tak mampu dipaksa Adriana." "Ya! Memang cinta itu tidak mampu dipaksa. Tapi cinta itu mampu untuk dipupuk cikgu." Cinta itu tidak mampu dipaksa. Cinta itu lahirnya dari dua insan yang berbeza. Cinta itu untuk diperjuangkan. Dan bukan untuk dipermainkan. Namun, belahan pihak yang saling menyukai pula bagaimana? Adakah terima ataupun bantah? "Tapi ibu? Riana cintakan cikgu Ikmal." "Kamu mahu malukan ibu ke Riana? Kamu dengan dia bagaikan langit dengan bumi kamu tahu!" Di mana salahnya jika terjatuh cinta dengan Cikgu Ikmal? Perpisahan yang berlaku antaranya dengan Ikmal membuatkan Ikmal menyesal. Rasa cintanya yang kian berputik kepada Adriana membuatkan dia yakin bahawasanya dia amat mencintai perempuan tersebut. "Siti Adriana Humayra! Aku cintakan kau!" Segala perasaan timbul apabila gadis yang dinantinya kembali semula. Dengan wajah yang baru. Dengan perangai yang baru. Dan juga aura yang baru. #NOPLAGIAT #TYPOITUPASTI Cover by : @ananoos (tak tahu la kalau still dengan nama ni)
TKC | 1
