D-11-14
By Lollysnow
163.8K
22.3K
2.7K
  • Romance
  • bencicinta
  • lollysnow
  • melayu
  • wattpadmelayu

Description

Putus cinta, sibukkan diri dan bercuti selama dua minggu di tempat jauh. Itulah perancangan dia setelah kad jemputan perkahwinan kekasih sendiri tiba ditangannya. Tetapi lain pula yang berlaku di hari pertama dia mulakan hidup baru. Huru-hara. "Kenapa kau dalam rumah aku? Kau siapa? perompak? Perogol? Pencabul?!" - Nuha Eyalani "Kalau aku perompak aku dah tak tidur kat sini, kalau aku perogol dah lama rabak baju kau, kalau aku pencabul.. kau rasa aku berbaloi ke?" - Zayd Hamqa Siap dihina tubuh papan, Nuha jadi bengang dan keras kepala. Dua-dua tak mahu mengalah, sudahnya anjing dan kucinglah perumpamaan yang sesuai digambarkan untuk dua orang itu. "Kenapa kau tukar passcode rumah? Kau tahu aku berdiri 3 jam macam orang gila kat sini?!" - Nuha "Oh sedar juga diri tu gila. Patutlah tak tahu malu masuk rumah lelaki." Zayd "Hello! Aku bayar RM2000 untuk duduk rumah ni 2 minggu! Kau yang patut angkat kaki!" - Nuha Dengar mereka bergaduh tak ada kesudahannya sehinggalah dua minggu berlalu begitu sahaja. "Zayd! Aku pergi dulu. Jangan lupa buang sampah! Lauk aku dah siapkan. Kau panaskan je. Baju kau, aku dah tolong iron, kau masukkan dalam almari.." Ktak.. Dan saat pintu itu rumah dikatup. Zayd rasa kehilangan lagi. Dua minggu bersama Nuha, dia dapat rasa satu perasaan yang pernah hilang dari hidupnya dahulu kembali datang. Satu rasa yang sudah bertahun-tahun pergi sejak wanita kesayangannya meninggalkan dia. Rasa seperti pulang ke sebuah rumah..

D-11-14

Continue Reading on Wattpad
D-11-14
by Lollysnow
163.8K
22.3K
2.7K
Wattpad