Sayap Satria | PBAK...
By NurIzzahHani
7.4K
487
26
  • Action
  • airforce
  • malaysia
  • novel
  • tentera
  • udara

Description

First 5 chapters promo Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga laut manakala aku menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara. Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hidup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangannya. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya? "Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out." - Mejar Atif Aizuddin "Hakikatnya, dunia ni memang tempat berpenat." -Mejar Zahra Kamelia

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
Sayap Sat...
by NurIzzahHani
7.4K
487
26
Wattpad