Description
Leonzio, inilah gelaran diberikan kepada lelaki bernama Mirza Sadiq berna ung mengalas amanah pada bangsa dalam unit UTK yang merupakan singkatan bagi Unit Tindakan Khas. Perwatakan dingin, gagah perkasa hanya menyimpan kisah duka silamnya bersama sang renjana terpaksa dia kuburkan demi kejayaan masa hadapan. Bermula daripada perpisahan itu Mirza hancurkan tubuhnya untuk melayari bahtera operasi dan taat dia sembahkan kepada Tuhan. Amara Lavina gadis teguh hatinya tidak gentar akan ajal dan berpegang teguh kepada pendirian diri untuk menjadi seorang wartawan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya sendiri. Takdir seakan menemui jalannya kembali disaat dua hati dipertemukan kembali. Bercambahnya bunga cinta membawa harapan antara satu sama lain. Amara ingin membuktikan kepada Mirza akan kemampuan dirinya dengan memilih untuk menyertai operasi narkotik 2.0 menyasarkan Blanco seorang ketua gangster yang memiliki empayar dan kuasa besar. Dikala hati Mirza sudah yakin kepada kata hati, sebuah musibah melanda. "Kepercayaan itu bagaikan tiang berdiri teguh menjulang amanah. Biarkan hati mati kerana pengkhianatan, jangan anak bangsa berpecah asbab hilang kepercayaan kepada pasukan beruniform. Tindakan kau umpama perumpamaan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.... Engkau musnahkan kepercayaan masyarakat pada kami. Itu tujuan kau kan, Amara?" Inspektor Mirza Sadiq
LEONZIO 1
