Endless Love
By AzianAhmad85
3.4K
54
0
  • Romance
  • love

Description

Setelah putus cinta dengan Ilhan dan sekali lagi Azra menerima berita duka atas kematian neneknya, Azra berpindah ke Istanbul. Saat tiba di Istanbul, dia diragut. Dalam aksi kejar mengejar, Azra dilanggar sehingga kakinya tercedera. Pemanduan turun dan berlari mendapatkan Azra yang tercedera. Lelaki itu adalah Edric Aslan. Melihat Azra yang tercedera membuatnya lantas bertindak membawanya ke hospital. Hal itu membuat Azra kecewa. Dia sudah kehilangan peragut yang telah meragut beg sandangnya. Semua gara-gara dia dilanggar oleh kereta mewah itu. Jika tidak, sudah pasti dia dapat mengejar peragut itu. Hal itulah yang membuatkan Azra marah dan menyalahkan Edric Aslan. Bibit perkenalan mereka bukan hanya setakat itu. Mereka dipertemukan lagi dalam sebuah majlis hari kelahiran bapa saudaranya, Ozlem. Kelunakkan suaranya dan kehandalannya bermain guitar menarik minat tetamu yang hadir. Dan salah seorang tetamu yang hadir itu adalah Edric Aslan. Edric Aslan merupakan anak tunggal dalam keluarga. Dia juga merupakan seorang karyawan yang memiliki sebuah syarikatnya sendiri di Istanbul. Dia seorang yang tegas dan arogan. Ramai wanita takut untuk bergaul rapat dengannya. Fusun merupakan ibu kepada Edric Aslan. Dia ingin melihat anak tunggalnya menikah dan punya cahayamata. Lalu dia mahu mengadakan pertemuan makan malam dirumahnya bersama Edric Aslan dan Edric perlu membawa kekasihnya. Hal ini membuatkan Edric Aslan terpaksa bertindak untuk mencari wanita yang sanggup berlakon menjadi kekasihnya untuk dipertemukan dengan Fusun. Malangnya, tempoh pertemuan mereka semakin hampir dan dia masih belum bertemu dengan wanita yang dianggap sesuai sebagai kekasihnya. Edric terpikirkan Azra Jebran. Malangnya, hubungan mereka tidak berapa baik. Mereka sering berbalah dan tidak sependapat. Adakah Edric Aslan akan menyuarakan masalahnya kepada Azra Jebran dan meminta bantuan dari wanita itu? Adakah Azra Jebran mahu membantunya? Semuanya bakal terjawab dalam novel Endless Love.

Pergi

Continue Reading on Wattpad
Endless L...
by AzianAhmad85
3.4K
54
0
Wattpad