THE CURSE || C
By RaiQa_09
684
297
535
  • Fanfiction
  • aidan
  • aina
  • collab
  • ika
  • mahsuri
  • ryan

Description

|| Genre : Fantasy | Romance || Aina Amelyn. Cuma seorang gadis biasa yang meminati kisah dongeng melayu dahulukala terutamanya lagenda Mahsuri. Ya, Mahsuri. Siapa yang tidak mengetahui kisah tragisnya? Wanita rupawan Tanah Langkawi yang kematiannya terjadi akibat fitnah manusia. Lalu terjadilah sumpahan yang menyebabkan penduduk Langkawi menderita selama tujuh keturunan. Kadangkala dia teringin berada di tempat Mahsuri. Eh, tak... Dia tidak mahu dibunuh, namun... Menjadi seorang jelitawan yang diminati ramai. Siapa yang tidak sukakannya kan? Yang pasti bukan dia. Dan nak dijadikan cerita, entah bagaimana suatu hari dalam sekelip mata dirinya berada di era yang berbeza. Ajaib! Dia kini kembali ke masa lalu. Kurun di mana Mahsuri masih hidup, dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dialaminya. Nak dikatakan prank, kameranya di mana? "Kita ada di mana sekarang ni?" "Di rumah Pandak Mayah. Anak gadisnya menjemput kita makan makan katanya." "Aidan, tampar aku kejap. Aku masih bermimpi ke?" Berjumpa dengan Mahsuri, memang satu perkara yang mustahil baginya. Nak tahu apa lagi yang lebih mengejutkan? Apabila watak kegemaran kau serupa dengan wajah kawan paling sengal yang kau ada. Ditemani oleh rakan baik lelakinya sejak kecil, Aidan yang turut berperangai pelik sejak di sana. Dan dalam diam dia juga menyimpan satu rahsia gelap, rahsia yang diketahuinya tatkala masuk ke dunia tersebut. Rahsia mengenai seorang gadis yang sudah lama menghilang dan kian dilupai hari demi hari... Mastura. Ternyata, kedatangan Aina ke tempat itu tidak tidak kosong semata mata. Ada maruah seorang gadis yang harus dituntut bela. Ada nyawa seorang rakan yang harus diselamatkan.. ''Ke-kenapa hati aku selalu berdegup-kencang apabila berjumpa dengan Aidan...?'' Dan ada satu kisah cinta yang harus ditamatkan. Maka persoalannya kini, apakah misi nya di sana akan berjaya? Ataupun penamat buruk yang akan mengambil alih segalanya? •°•. Awesome cover by @ciknovelis

CREDIT

Continue Reading on Wattpad
THE CURSE...
by RaiQa_09
684
297
535
Wattpad