Description
[JUALAN DITUTUP] "Kau... suka aku Melur?" - Ilham Al-Rizky. Pertama kali berjumpa, Ilham terus berminat dengan gadis yang mempunyai nama daripada bunga. Dia suka, baginya perempuan yang mempunyai nama daripada bunga itu indah dan sangat baik. Namun, dia silap. "Dee, I dah cakap jangan pakai baju yang menjolok mata." - Ilham Al-Rizky. Disebabkan Ilham sudah mempunyai teman wanita, Melur terus tersedar di realiti. Dia dan Ilham memang tidak akan bersama! Sia-sia sahaja dia menyimpan perasaan terhadap jejaka itu! "Awak kan dah nak bertunang, kenapa saya nak kena suka awak?" - Melur Alana. Namun, sesuatu berlaku pada Ilham ketika majlis pertunangannya berjalan. Rahsia terpecah! Ilham kecewa. Kecewa dengan sikap Dahlia. Dalam diam bermain kayu tiga! Ilham membuat keputusan, untuk membawa diri. Ya, dia nekad. "Ilham! Kenapa perlu pergi? Tak boleh ke awak rawat luka di hati awak dekat sini je?" - Melur Alana. "Kalau kau masih suka aku, then do not stop. I'll wait for you, bagi aku masa. Lagi 5 tahun aku pulang." - Ilham Al-Rizky. Mampu kah Melur menyimpan perasaannya terhadap Ilham untuk masa 5 tahun itu? Dan mampu kah Ilham untuk menunggu Melur dalam jangka masa 5 tahun itu?