Encik Kiki Pinky
By awanridzu
350
116
43
  • Romance
  • action
  • bunuh
  • comedy
  • lembut
  • mafia
  • mati
  • menyamar
  • pink
  • pinky
  • pistol
  • pondan
  • romance
  • sad
  • sotong

Description

Entah apa yang aku fikir. Kenapa aku tak boleh terima lelaki yang berperwatakan lembut ni? Mungkin kerana aku anggap mereka telah melawan hukum semula jadi seorang lelaki. Tapi aku tak sedar, bahawa itu memang perwatakan mereka. Tak salah menjadi lembut. Mereka bukannya menukar jantina. Cuma watak mereka saja yang tak sama dengan lelaki-lelaki lain. Andai aku bisa menolak spekulasi yang dicipta oleh minda aku ini lebih awal lagi, pasti aku tak akan menyesal. *** Ini kisah aku, Yesara Aryana yang tak mampu menerima kewujudan lelaki lembut. Bagi aku, mereka amat menggelikan. Sudah banyak kali aku cuba mengelak untuk mendekati golongan seperti mereka. Namun, ada seorang lelaki lembut yang tanpa sengaja selalu berada disamping aku. Hanya kerana berhutang budi, dia kini sering mendekati. "Hutang saya dah habis kan? Jadi kenapa awak ikut saya lagi?" - YESARA ARYANA "Alarh...kita cuma nak berkawan je." - RAIZ FIKRI Apabila aku merasa yang dia sudah tidak mengganggu aku, ada seorang lelaki yang berjaya membuat aku dekat dengan dia kembali. "Saya bukan Fikri. Saya Ikhwan. Abang kembar dia." - Raiz Ikhwan Wajah yang sama. Namun, perwatakan yang berbeza. Si adik, lembut. Namun si abangnya pula, penuh dengan sifat kelakian. Jika si adiknya sudah menarik di mata, apatah lagi si abang? Dari situlah, aku cuba rapat dengan si adik untuk mendapatkan hati si abang. Tapi, tanpa aku sedar...si adik sudah mempunyai perasaan terhadapku. "Kita suka awak." "Kalau perangai saya macam Kiki, mesti awak tak berminat dengan saya. Kan?" Hati mula berbelah bahagi. Ingin menerima cinta si adik, atau masih cuba mendapatkan hati si abang. Namun, tanpa aku sedar...ada rahsia yang disembunyikan oleh mereka berdua. "Abang dia tengah terlantar macam tu, tapi dia boleh hilang macam tu saja? Adik jenis apa dia tu?!" "Maafkan saya Sara." Hati menyoal lagi, apa yang telah terjadi? Semua bakal terhawab dalam "Encik Kiki Pinky"

PROLOG

Continue Reading on Wattpad
Encik Kik...
by awanridzu
350
116
43
Wattpad