Description
Kasanova bertemu dengan pisau cukur. Itu perumpamaan yang sesuai untuk Luna & Dani. Selepas Luna putus tunang, dia kembali mencari lelaki kaya yang lain. Kali ini dia serik dengan lelaki kaya tua. Laki orang rupanya. Tak pasal- pasal dia kena serang. "Boleh I tumpang kereta mahal you ni?" - Luna Berdarah hidung Dani apabila gadis secantik Luna menegurnya. Pucuk dicita, ulam mendatang. Dani memang pantang lihat gadis cantik dan seksi seperti Luna. Bergetar jantungnya. "You nak kahwin dengan I? Serius ke?" - Dani Kerana apa yang dilihat melalui mata kasar, Luna menerima Dani tanpa menyelidiki latar belakangnya. "I tak sangka finally I dapat kahwin dengan orang yang prefect macam you. Dah la handsome, kaya, romantik pula tu. Bertuahnya badan." -Luna Tanpa Luna ketahui, kereta yang Dani selalu bawa adalah kereta Aslan, teman baiknya. Dia hanya seorang pemandu yang sering diberi kemewahan oleh Aslan. "No! I tak nak! You tipu I and I tak suka lelaki miskin macam you. Berhambus dari mata I sekarang! Sampai I mati pun, I tak kan mengaku ada suami miskin macam you. " -Luna Tapi pada waktu itu Dani sudah jatuh cinta dengan Luna. Dia ingin perbaiki segala-galanya tapi Luna malah menjauhinya. Wanita itu langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. " I dengan Aslan akan berkahwin. Jangan lupa buat apa yang patut"- Luna "Tak ada sekelumit pun cinta dalam hati you untuk I?" - Dani "Kalau ada pun, I akan buang. You tahu kan I suka dekat you dulu pun sebab kononnya you kaya" - Luna Namun di saat Dani tunaikan permintaan Luna, hidup wanita itu mula berantakan. Perkahwinannya dengan Aslan terpaksa ditunda kerana dia hamil anak Dani. "Kalau you nak kembali dekat I sebab anak ni, I minta maaf sebab I tak nak jadikan anak kita sebagai mangsa. I tetap tak akan kembali pada you, Luna" - Dani. Luna mula sedar dosanya terhadap Dani. Tetapi lelaki itu tetap berkeras inginkan perpisahan. Mampukah Luna kembalikan rasa cinta Dani untuknya?