DIZRAN
By CIK_ZALIKHA
11.4K
1.8K
358
  • Romance
  • komedi
  • romantik
  • sad
  • sedih

Description

"Saya janji, saya buat semua ni demi keluarga dan anak kita." Demi Imani yang mengalami jangkitan paru-paru, Zulaikha sanggup membawa diri ke ibu kota untuk mencari rezeki. Biarpun terpaksa berpisah dengan suami, Dizran. Dia rela, asalkan anak kecil itu sihat seperti biasa. Namun, hari demi hari hubungan mereka semakin renggang. Jarak dan waktu telah lama memisahkan mereka. Hati Dizran dihantui rasa rindu, begitu juga dengan anak mereka. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk melawat isterinya di ibu kota bersama Imani. Kononnya, ingin membuat kejutan kepada Zulaikha. Namun, dia pula yang terima kejutan daripada Zulaikha apabila surat penceraian tiba di rumah. Kenapa dan mengapa? Soalan itu sering bermain di fikirannya. Adakah kerana Zulaikha sudah terkenal, wanita itu sanggup mencampakkan dia dan Imani ke tepi? Mana janji yang isterinya pernah lontarkan dahulu? Rasa amarah dan dendam bercampur dihati Dizran. Hidup yang dahulunya susah, semakin menjadi tertekan. Namun, Sufi sentiasa ada membantu lelaki yang sedang terumbang-ambing itu. Dan lama-kelamaan, hidup Dizran dan anaknya berubah kepada lebih senang. Dan mengapa Zulaikha muncul semula pada waktu itu? "Saya rindu awak." "Pergi jahanam kau punya rindu tu." Jika Zulaikha kembali semula kerana inginkan cinta, maaf. Hati lelaki itu sudah tiada lagi nama Zulaikha. Wanita itu kini telah menjadi separuh dendam di hatinya, bukan lagi cinta mahupun sayang. "Kenapa kau perlu kerja dekat sini? Kata kaya sangat suami kau tu sampai kau tak payah nak kerja lagi.Dah bercerai, huh? Memang padanlah dia ceraikan kau, sebab Perempuan macam kau memang tak layak dapat kasih sayang!" "Sampai macam itu sekali marah awak kepada saya ya? Saya tak sangka. Disebabkan saya awak jadi macam ni. Maafkan saya..." "Kau tak perlu buat baiklah depan aku. Sekarang aku dah jumpa bahagia aku. Tak lama lagi, aku akan kahwin dengan Sufi. Dan aku akan buat kau merana macam yang kau buat kepada aku!"

PROLOG

Continue Reading on Wattpad
DIZRAN
by CIK_ZALIKHA
11.4K
1.8K
358
Wattpad