Short Story
By Mecxira
1.1K
110
19
  • ChickLit
  • love
  • mecxira
  • random
  • shortstory
  • task

Description

" Maksud awak? Siapa nak kahwin? Awak ke?" Umar mengangguk. " Awak nak ajak saya pergi majlis kahwin awak?" " Aku nak ajak kau jadi pengantin dalam majlis nikah aku." " Hah?" Terbuntang mata Ummi mendengarnya. Jantung Ummi berdegup tak sudah. Adakah Umar tengah melamarnya? " Aku serius Ummi. Cuba kau ingat balik, dah tiga kali pertemuan kita. Kau tak rasa ini petunjuk Allah ke? Aku dapat rasa kau jodoh aku. Jomlah kahwin. Kau tak kasihankan aku ke? Aku dah angka tiga. Dah tua sangat. Jom kahwin dengan aku. Please..." rengek Umar macam budak kecil nak gula-gula. Ummi garu kepala tidak gatal. Ajak kahwin macam tu saja? Amboi! Bahaya! " Kalau saya setuju dapat apa?" " Dapat hati aku dan pakej, aku bawa kau ke syurga Allah. Nak?" Umar angkat kedua keningnya. Ummi bangun mendadak. Muka Umar dah sedih macam budak-budak tak dapat gula-gula. Sedih kalau Ummi tolak permintaannya. Ummi pusing tubuh ke belakang. Senyum kecil terkutik di bibir. " Kalau nak, masuklah minang." Ummi bergegas keluar dari syarikat Umar. Malu! Umar tertawa kecil. Bahagia sekali tawanya itu. Alahai...hati! Sabar ya?

Kingdom

Continue Reading on Wattpad
Short Sto...
by Mecxira
1.1K
110
19
Wattpad