Description
[Just a reminder that this is just a short story for the Secret Identity series...if nk thu full story about the character in this book...feel free to read my books at my profile🤗🤗] Agensi Identity menjadi gempar apabila beberapa menteri serta pemberi maklumat mereka ditemui mati diracun. Perkara ini mula membangkitkan kegusaran kesemua individu yang berada di bawah perlindungan agensi tersebut. Malang mereka bertambah teruk apabiladalang disebalik kejadian tersebut ialah seorang penjenayah yang sangat dikehendaki negara dan ditemui berlegar - legar di Bandar Putra. Namun, individu - individu yang menolongnya masuk ke dalam Bandar Putra lebih menggentarkan mereka. Dengan bantuan individu - individu tersebut, penjenayah tersebut mula melakukan langkahnya dengan menyebarkan sebuah virus di dalam Bandar Putra. Bandar Putra semakin kecoh apabila seluruh kawasan bandar tersebut dihalang dengan sebuah penghadang yang menyebabkan tiada siapa dapat keluar atau masuk ke dalam bandar tersebut. Bagaimana keamanan Bandar Putra dapat direntap dalam satu malam sahaja? Dapatkah Agensi Identity mengembalikan Bandar Putra yang dahulu kembali?