Muda Muda Dah Nak K...
By snsbhn
213.6K
7.1K
451
  • Romance
  • friendship
  • mainanhati
  • mmdnk
  • romance
  • schoollife

Description

[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yang sama menimbulkan usikan dari teman-temannya. Hingga sekarang mereka tidak tahu kenapa ada usikan sedangkan mereka tahu bahawa Nora dan Syakir hanya sekadar teman biasa. "Baiklah. Terima kasih Nora. Sekarang Syakir, sila sambung dari mana Nora henti membaca sebentar tadi" Cikgu Atiqah berkata. "Eppp" Kelas mereka terus menjadi kecoh, sebok menyakat si Nora dan Syakir. Mereka berdua hanya boleh tersenyum sahaja, tidak tahu apa reaksi yang diingini rakan sekelas. "Eh.. kenapa ni?Kasi lah cikgu join. Ada pasangan baru ke?" Cikgu Atiqah boleh meneka dari usikan mereka semua, " Nak kahwin jangan lupa jemput cikgu ya". Lalu kelas menjadi mangkin kecoh. 'Aduh.. malunya..' Mukanya kini bertukar menjadi kemerah-merahan. Dengan pantas Nora meletakkan kepalanya di atas meja, mahu cover mukanya yang merah padam itu. Nasibnya baik dia duduk di kawasan belakang, maka tiada siapa yang nampak. Lalu dia pun membetulkan cara duduknya dan kini berlakun seperti dia sedang menulis di bukunya. Tiba-tiba dia dapat merasakan renungan terhadap dirinya. Nora pun melihat ke arah tersebut. Bebola matanya mula membesar apabila dia sedar akan renungan Syakir yang tidak lama diikuti dengan senyuman manis buatnya. Nora melihat ke arah lain sebelum matanya mula mencari Syakir kembali. Kini, dia membalas senyuman Syakir, membuat Syakir terkejut dan gembira pada masa yang sama. Tetapi adakah ini semua akan kekal sehingga dewasa nanti?

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
Muda Muda...
by snsbhn
213.6K
7.1K
451
Wattpad