Vanila Vs. Coklat
By tigasuque
8
1
0
  • Fantasy
  • baekhyun
  • exo
  • fantasy-romance
  • kai
  • krystal
  • lucas
  • nct
  • redvelvet
  • wendy

Description

Sebaik sahaja pukul 12 tengah malam, aku diserbu ketika sedang bersiap sedia untuk tidur. Aku tersenyum melihat sebiji kek yang berwarna separuh hitam dan separuh putih yang mereka bawa.. Coklat dan vanila, aku suka kedua-duanya. "Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi, Krystal! Selamat hari jadi!" Tepukan yang padu bergema di dalam ruangan tersebut. Aku agak sebak kerana hari itu adalah hari terakhir aku tinggal di Luvna Ashibli. Aku tidak lagi boleh tinggal di rumah anak yatim itu selepas mencecah umur 19 tahun. "Krystal, tiuplah lilin tu," teguran itu mengejutkan aku daripada terus terbuai dengan lamunanku. "Kakak, cepatlah! Make a wish," kata Lucas, seorang lagi penghuni yang aku sudah anggap seperti adikku sendiri. Aku menautkan jari-jemariku di hadapan wajahku lalu mata aku pejamkan. Nafas aku hela dengan perlahan-lahan lalu aku menyatakan hajatku di dalam hati. Selesai menyatakan hajatku, aku membuka mata dan wajah-wajah mereka kembali menyapa pandanganku. Aku meniup empat batang lilin itu dengan sekali hembus, mengundang tepukan yang gemuruh oleh insan-insan di hadapanku. Para penghuni Luvna Ashibli yang lain sudah lama memandang ke arah kek, barangkali terliur dengan kek tersebut yang kelihatan menyelerakan. "Okay, sekarang ni kakak kena buat pilihan. Kakak nak makan perisa vanila dulu ke perisa coklat?" Tanya Wendy dengan penuh teruja. Aku memegang pisau pemotong kek itu lalu tersenyum. Aku terus memotong kek itu pada bahagian perisa yang aku pilih. Tindakanku mengundang rungutan daripada Wendy. "Kakak! Mana boleh kakak potong tengah-tengah macam tu! Kakak kena belajar buat keputusan!" Aku tersengih nakal. Kemudian, hajatku tadi kembali bermain di fikiranku. Aku harap sempena umur aku genap lapan belas tahun, hidup aku akan bertambah baik. Aku harap aku akan mampu hidup di luar sana dan aku mampu membuat keputusan yang baik dalam setiap keadaan yang memaksa aku untuk memilih.

Vanila atau Coklat?

Continue Reading on Wattpad
Vanila Vs...
by tigasuque
8
1
0
Wattpad