ѕєαѕση: The D...
By kimizimi
22
5
0
  • Mystery / Thriller
  • 2021
  • adventure
  • comedy
  • friendship
  • horror
  • mystery
  • random
  • teenfiction
  • thedoorknocker
  • thriller

Description

Akhir-akhir ini media sosial telah dikecohkan tentang kisah ketukan pintu tanpa tetamu yang terjadi di malam hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan bagi mengawal penyakit berjangkit yang dihadapi oleh seluruh pelusuk dunia pada masa itu. Ketukan pintu tanpa jasad manusia ini telah menggemparkan platform media sosial kerana telah ramai orang yang diganggu oleh ketukan pintu ini dan berkongsi pengalaman seram mereka di media sosial. Kiranya terkenal jugalah si pengetuk pintu yang mengganggu ketenteraman masyarakat sekeliling. Pada mulanya, kisah 'si pengetuk pintu' ini diambil ringan dan dikatakan sebagai jenaka semata-mata. Apatah lagi kisah ini dianggap tidak masuk akal dan hanya khabar angin yang disebarkan. Namun, semakin lama ketukan pintu ini telah mengganggu dan menyebar ke seluruh Malaysia dan mendapat liputan berita tentang kejadian yang menakutkan itu. Ini telah menimbulkan kerisauan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ketukan pintu yang semakin mengganas hari demi hari. Apatah lagi kisah ini telah dikaitkan dengan kes-kes kehilangan orang yang menghilang tanpa sebarang jejak. Sungguh kisah ini telah mencetuskan huru-hara dan ketakutan kepada masyarakat. Ada yang percaya itu adalah angkara makhluk ghaib dan ada juga yang tidak mempercayainya. Zack Marcel, remaja lelaki yang turut tidak mempercayai tentang kisah ini antara mangsa yang telah menghilang. Benarkah orang yang telah menghilangkan diri itu ada kaitan dengan kisah 'si pengetuk pintu' itu? "Don't open the door if there's no one at outside. " »»----> ѕєαѕση <----«« 🔪Started: 21/12/2020 🔪Published: 30/01/2021 🔪completed: - 🔪status: on going Disclaimer! :cerita ini hanyalah fiksyen semata-mata tiada kaitan dengan mana-mana kejadian pada masa sekarang atau dahulu kala. Saya hanyalah author yang mengolah cerita ini bagi gempak rawr meow gituw. Mystery/thriller ft comedy Project 2k21-202×

『Announcement 』️

Continue Reading on Wattpad
ѕєαѕ?...
by kimizimi
22
5
0
Wattpad