BOOK 14| RED HAIR W...
By AmadoXael
2.3K
480
23
  • Fantasy
  • fantasi
  • fantasy
  • hair
  • red
  • romance
  • wife

Description

FANTASY/ ROMANCE/ MANWHA Sebuah kerajaan haruslah mempunyai seorang pemimpin yang berkuasa, bukan itu sahaja dia juga haruslah berfikiran terbuka, mengambil berat tentang rakyat jelata dan menjalankan tugas dengan baik. Tetapi dalam banyak perkara itu, ada satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang pemimpin. Keturunan. Mereka haruslah mempunyai keturunan untuk menyambung pangkat dan harta keluarga. Dan itulah perkara yang amat dirisaukan oleh Hadrien Ryven Lenoxrin. Kerana sepanjang 30 tahun dia hidup, tidak pernah lagi dirinya didatangani oleh mana-mana perempuan atau gadis. Walaupun dia adalah seorang pemimpin yang disanjung ramai, dalam masa yang sama dia juga adalah pemimpin yang paling digeruni musuh dan juga rakyat jelatanya. "Kalau lah isteri tu boleh muncul dengan tiba-tiba..." Tak disangka kata-katanya menjadi kenyataan apabila dia berjumpa dengan seorang gadis berambut merah di tasik Golden Tear. Hanya dengan sekali tatapan sahaja sudah cukup untuk membuat Hadrien jatuh cinta. Tetapi malangnya gadis itu bukan dari puak manusia. "Nama patik Larissa Zephyr Adrarea, patik adalah puak siren" Siapa je tidak kenal dengan puak Siren. Makhluk yang menggoda manusia dengan rupa parasnya yang cantik, memikat mangsa dengan suara mereka yang sangat merdu. Tetapi dalam masa yang sama mereka adalah pembunuh yang paling kejam. Ramai penduduk kampung tidak berani ingin dekati makhluk itu. Tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak kanak. Semua takut dengan puak Siren. Tetapi berbeza pula dengan Hadrien. "Aku rasa aku aku dah jatuh cinta dekat kau, sudikah kau menjadi isteri aku..." Keputusan gila Hadrien yang membuatkan hampir keseluruh isi istana menjadi kucar kacir. Sudah gila kah raja mereka ini? Start:27/10/ 2022 End:

Prolog

Continue Reading on Wattpad
BOOK 14|...
by AmadoXael
2.3K
480
23
Wattpad