Árulás [Betrayal]
By smokymokivicococo
15.6K
2.5K
2.3K
  • Action
  • chill
  • emeraldteam
  • emeraudeaward
  • friendship
  • gang
  • hacker
  • happy
  • headhunter
  • leader
  • mafia
  • mistery
  • monoaward2021
  • mystery
  • romance
  • sad
  • sahabat
  • thehazelsaward

Description

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cabaran mereka hadapi untuk meneruskan kumpulan bernama Amonic itu. Ancaman yang dihadap saban hari menuju tepat pada mereka, mengancam dan menggugat nyawa. Namun, tiada pilihan bagi mereka melainkan terus menggalas amanah ibu bapa masing-masing. Evelyn Helena, Edrianna Aulia dan Fairyna Fathylia. Sudah hampir tujuh tahun mereka saling bergantung dan bekerjasama demi satu motif yang sama, Amonic. Saling melindungi, menyokong dan menyayangi. Kasih antara mereka sudah melebihi hubungan kekeluargaan. Namun apabila satu perkahwinan menjadi titik perpisahan bagi mereka, apa yang akan terjadi? Awalnya, hanya perkahwinan itu yang menggugat. Namun apabila kepercayaan itu kini direntap oleh seribu satu rahsia yang terbongkar, tiada peluang lagi untuk mereka. Perpisahan. Pengkhianatan yang terpaksa ditelan, kehilangan yang menambahkan luka dan kisah silam yang tidak jemu menghantui, akhirnya melahirkan titik-titik dendam di hati mereka. Nyawa dibalas nyawa, Itu prinsip yang dipegang. Demi itu, mereka memilih untuk membunuh si pendosa. Dan apabila nyawa tersebut sudah hampir dimiliki dan direntap dari tubuh, muncul seorang gadis bernama Scarlet membawa pembongkaran rahsia terbaharu. Rahsia yang lebih kejam dan melukakan. Rahsia yang selama ini langsung tidak disedari merupakan penggugat utama kebahagiaan mereka. Tundukkah mereka? Atau perjuangan akan diteruskan? Dan apa akan terjadi dengan hubungan yang kian retak itu? ~~~~~~~~~~~~~~~ Árulás = Betrayal ~~~~~~~~~~~~~~~ Previously known as : Husband Headhunter Cover by : me

Árulás[Betrayal]

Continue Reading on Wattpad
Árulás...
by smokymokivicococo
15.6K
2.5K
2.3K
Wattpad