Description
Sesuatu yang aneh mula berlaku di dalam sekolah mereka kemudian merebak ke bandar. Pada mulanya, 5 rangkai rakan sekelas itu tidak menganggap perkara tersebut serius sehinggalah, beberapa kes kehilangan semakin meningkat. "Manusia tanpa tanda, tak akan tahu dengan kewujudan mereka." - Fahim. "Kalau kita ada tanda sekalipun, tak bermakna kita selamat!" - Malik. "Diam! Kau orang jangan bising! Nanti mahluk tu tahu kedudukan kita!" - Jumantara. "Kita kena berhati-hati, portal mereka berada di mana-mana sahaja." - Laura Risa. "Aku cuma mahu kita dan yang lain selamat. Takkan itu pun kau orang tak dapat faham?!" - Aila Diana. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku di dunia mereka? Memang benar terdapat mahluk daripada dimensi lain yang datang ke dunia ini ataupun ia sebenarnya muslihat daripada organisasi rahsia? Nantikan pengakhiranya bersama-sama. Start : 20 Feb 2021 End : 🚨 Attention Watak-watak di dalam cerita ini tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun sudah mati. Jalan cerita penulis hanyalah rekaan semata-mata dan segala yang telah penulis pamerkan (gambar) di dalam cerita ini, ianya hak milik penulis dan sumber-sumber internet. ⚠️ Dilarang plagiat! 💠 Perubahan sinopsis akan berubah pada masa ke masa ▪︎▪︎▪︎ Peratusan genre. # Misteri 40% # Suspense 25% # Fantasi 20% # Persahabatan 10% # Cinta 5%