Description
Semuanya bermula dimana dia ditinggalkan di kota asing tanpa sebab yang jelas. Persis cerita viral dahulu, dimana seorang gadis ditinggalkan rakan dan kekasihnya di kawasan perkuburan cina, begitu jugalah nasibnya tetapi lebih teruk daripada itu. Dia ditinggalkan oleh adik beradik tirinya di sebuah perhentian bas dalam keadaan sekelilingnya sunyi tanpa manusia. Malang untuknya, dia diculik dan tiada siapa yang mengetahui penculikan tersebut. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Dia terselamat dari menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan bertemu dengan seorang hamba Allah yang berhati mulia. " Nama aku Khai Irfan. What's your name, girl?" "Liyana Al-Zehra" " Nak jadi pembantu kitorang tak?" " Korang kerja sebagai apa?" " Private Investigator " Sejak penemuan itu kehidupannya berubah. Malah, hatinya juga turut berubah. Rasa itu datang tanpa diduga. Semakin lama semakin mekar hidup dihati. Dari suka menjadi sayang dan akhirnya cinta bertahta. Malangnya, kebahagiaan itu tidak lama, Datangnya seorang hamba, Bagai meragut segalanya. Perhatian yang dahulu untuknya, Berubah kepada 'dia'. " Hai! Nama saya Hannah Makayla." " Sorry, Liyana. Kitorang tak perlukan kau dalam misi kali ni." " You don't deserve to be jealous, Liyana. Not even once." " Kenapalah Khai pilih Hannah dari kau, yana? Kau dengan Khai lebih sesuai. Serasi gitu." "Kalau kau nampak aku dengan dia serasi, tapi....... diorang berdua saling melengkapi" "Sometimes kita menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana marah yang tidak bisa diungkapkan" Start:- 20 NOVEMBER 2021 End:-