Description
[3rd Book of Hanya Series] Just a short story with 20 chapterš¤ Dah tahu kisah Yusra? Happy ending sudah dengan Faaeq. Ha, ni kisah adik Yusra pulak, Yusuf. Yusuf bin Ahmad. Cita-cita yang tinggi itu tidak pernah padam. Minatnya pula tak pernah hilang. Selepas kehidupan keluarganya semakin pulih, Yusuf menerima tawaran kakaknya untuk terus sambung belajar. Cita-cita Yusuf hanya satu. Dia ingin berada di udara dan menikmati pemandangan yang hanya dipenuhi dengan awan. Selepas 7 tahun, dia berjaya mencapai cita-citanya. Tu tempoh belajar. Kalau tambah tempoh menunggu dia untuk sambung belajar? Lebih 10 tahun! 10 tahun itu berlalu dengan fikirannya kepada dua perkara. Keluarga dan belajar. Bila dah masuk umur 28 tahun ni, Yusuf sedar bahawa dia rasa sedikit kekosongan. Namun, kekosongan tu tak lama sejak... "Cik okay tak ni?" - Yusuf Wanita itu terus menangis di tengah-tengah lapangan terbang itu menyebabkan orang lain berfikir bahawa wanita itu jadi sebegitu kerana Yusuf. "Cik, janganlah macam ni. Orang ingat saya nak buat hal jahat pada cik." - Yusuf *** Lama berada di Jepun, Yusuf sering memikirkan sesuatu. "Apa khabar cik tu? Baik-baik sajakah dia?" Entah kenapa, Yusuf merasakan ada yang aneh tentang wanita itu. Dan sejak itu, dia menjadi yang keempat dalam diri Yusuf. Kenapa keempat? Sebab first tu agama, second keluarga, third diri sendiri. Sebab tu si dia berada di tangga keempat. Huh!