Takdir Dia
By nurinnzulkifli
212.5K
9.2K
513
  • Romance
  • 2021
  • adikberadik
  • cinta
  • dendam
  • duka
  • dusta
  • islamic
  • malaynovel
  • novelmelayu
  • nurinzulkifli
  • romance
  • sayang
  • takdirdia
  • td2021
  • terluka

Description

Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?

TD | Nurin Zulkifli

Continue Reading on Wattpad
Takdir Dia
by nurinnzulkifli
212.5K
9.2K
513
Wattpad