PEMERGIANKU
By _MELATI_PUTIH
235
61
0
  • Romance
  • drama
  • firstlove
  • friendship
  • keluarga
  • pengorbanan
  • romance
  • sad
  • setia
  • teenegers

Description

Mengisahkan seorang lelaki yang terpaksa memendam perasaan cintanya. Di mana, Khairil Shazril menaruh perasaan terhadap Izrina. Walhal Izrina turut menyukainya dengan ikhlas. Namun, perasaan kasih itu, terpaksa dipandang sepi oleh Khairil kerana adiknya turut menyukai gadis tersebut. Oleh sebab itu, Khairil sering menyakiti perasaan Izrina apabila Izrina sering mendekatinya. Namun, Izrina berputus asa tatkala mendengar Khairil mempunyai hubungan dengan Aulia Syafiqah. Budak Baharu yang berpindah ke sekolah mereka. Izrina menerima takdir sehinggalah Izrina berpindah sekolah untuk mengikuti ibu saudaranya. Pindahnya Izrina dari kawasan kampung dan sekolah, meninggalkan kesan dalam bagi Khairil. Harapan dan doa Khairil dimakbulkan, apabila dia bertemu semula dengan Izrina, setelah 9 tahun tak pernah bersua. Namun, Izrina tidak mengenali Khairil lagi, akibat kemalangan yang dilalui oleh Izrina. Khairil berniat ingin mendekati dan membetulkan kesilapannya dahulu. Dengan usahanya, Izrina kembali mengingatinya semula. Khairil sangat gembira dengan hasil tersebut, namun tidak untuk Izrina. Izrina teringat-ingat akan cemuhan dan herdikan yang pernah Khairil lontarkan kepadanya dulu. Lebih buruk lagi, tatkala Aulia kembali untuk menuntut kasih Khairil semula. Walhal, Aulia pernah meninggalkan dirinya sewaktu ketika dahulu. Izrina dengan rela hati, membantu Aulia agar hubungannya dengan Khairil membaik. Izrina turut bersahaja menyatakan bahawasanya dia tidak memiliki sebarang perasaan terhadap Khairil. Walhal dalam hati sebaliknya. Khairil tidak mengetahui akan sebab Izrina itu. Khairil yang mendengarnya menjadi punah ranah, disebabkan pengakuan Izrina kepadanya. Khairil dengan egonya, menerima cabaran itu dengan hati separa rela. Dia membuktikan kepada Izrina, bahawa dia akan melamar Aulia. Adakah Khairil benar-benar melamar Aulia, walhal dalam hatinya hanya Izrina? Apakah sebab Izrina menipu perasaannya terhadap Khairil?

PENGENALAN

Continue Reading on Wattpad
PEMERGIAN...
by _MELATI_PUTIH
235
61
0
Wattpad