PAUT
By Naleliiy
33
2
2
  • General Fiction
  • bahasamelayu
  • friendship
  • malay
  • malaysia
  • murder
  • paut
  • romantik
  • school
  • sliceoflife
  • suicideattempt

Description

" Apa guna hidup kalau hari-hari hanya rasa ingin mati " bisik Aisya. Matanya merenung lantai koridor ground floor dari ketinggian 14 tingkat. Dia mengesat air mata yang mulai turun setitis demi setitis. Rasa sebak mula mencengkam jiwa. Aisya menarik nafas dalam-dalam. Ya, tiada apa yang akan dikesalkan, tiada apa yang dirugikan sekiranya dia tiada. Baba pasti tidak akan merinduinya. Zizi? Zizi pasti akan baik-baik saja dan akan cari pengganti baru. Semua akan baik-baik saja walaupun dia tiada. " Bodoh... selfish... ". Satu suara berbisik halus dibelakangnya. Aisya tersentak. Tatkala dia berpaling, terlihat sosok seorang lelaki menatapnya tajam dengan pandangan penuh kebencian. " Kau fikir bila kau tiada semua benda akan selesai? Kau hanya pentingkan diri sendiri. Kau tak fikir perasaan orang yang kau tinggalkan sebab yang kau fikir hanya tentang diri kau! Kau bodoh! Kau bodoh kalau kau fikir ini jalan yang terbaik. Kau bodoh! " Lelaki itu menjerit marah. Matanya mulai bergenang dengan air mata. Aisya merasakan suatu perasaan yang aneh. Pandangannya berbalam-balam dan menjadi semakin kelam. Dia jatuh pengsan. Malam itu, tanpa Aisya tahu, haluan hidupnya mulai berubah. Dan kali ini dia tidak lagi keseorangan. Sungguh, hidup ini sangat penuh dengan misteri dan kejutan yang mengujakan. Tuhan telah membentangkan seribu jalan untuk dipilih manusia. Dan, jalan itu tidaklah terbentang indah dengan permaidani. Namun, jalan yang berliku itu akan menjadi mudah jika kita punya seseorang untuk berpaut dikala jatuh.

Pasrah

Continue Reading on Wattpad
PAUT
by Naleliiy
33
2
2
Wattpad