The Last Survivor
By BabyRyens
158.1K
21.8K
11.2K
  • Action
  • adventure
  • comedy
  • fantasy
  • fighter
  • mafia
  • mystery
  • romance
  • romantic

Description

Semuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita." -Tzar Xender. "Korang mungkin tak faham. Mai sendiri dah kata, makhluk yang boleh kalahkan Alfa Cahaya tu adalah Alfa Kegelapan sendiri. Dan harapan terakhir kita dah mati! -Putri Risha. "Betul. Tapi korang lupa satu benda. Pedang peninggalan Alfa Kegelapan masih belum ditemui. Aku dengar pedang tu terbuang jauh masa kedua-dua alfa tu bertarung." -Mika. Maka, misi mencari pedang peninggalan Alfa Kegelapan pun bermula! Pelbagai liku-liku cabaran yang wajib mereka tempuhi! Dan semestinya perjalanan ini akan dipenuhi dengan pelbagai ragam daripada mereka. "Aku dengar tempat ni berhantu." - Yang Di-Mulia Alex. "Tepilah! Kau dah besar tau tak!" - Naib Tzar Aden. Tak! Tak! Jangan salah faham! Cite ni bukan cite sedih! Ia lebih kepada aksi hebat dan tentunya tak kering gusi membaca! "Nama kau sebenarnya bukan Genji." -Kami. Selain daripada Mia Aurora, mampukah 01, 02, 04 dan 05 mengawal kuasa masing-masing sama seperti 1800 tahun yang lalu? Ini adalah kisah baharu. Mujur perangai mereka berlima tak kejam seperti dahulu. Dah jadi baik dah. Tapi sekarang ni, bagaimana diorang nak kalahkan DIA dengan ingatan yang masih tak seimbang? "Ak...Aku tak ingat siapa diri aku atau kuasa aku." - Tzar Tazaki Genji. "Arghhhh! Kau...kau dah mati! Abang! Ada hantu kejar sayang!" -Anneliese. "Dunia kita dah makin teruk." -Tasya. "Tepi! Aku dapat rasakan bahaya semakin mendekat!" - Putri Risha. Kematian demi kematian berlaku. Pertarungan demi pertarungan meletus antara sisi cahaya dan sisi kegelapan. Satu perlumbaan maut terjadi demi mencari semula pedang milik Alfa Kegelapan yang pernah dikalahkan oleh Alfa Cahaya suatu ketika dahulu. "Saya takut." - Mia Aurora. "Aku janji takkan tinggalkan kau." -Roland. MENDEBARKAN!

Prolog

Continue Reading on Wattpad
The Last...
by BabyRyens
158.1K
21.8K
11.2K
Wattpad