Seharusnya Aku
By Anihhg
37.1K
541
54
  • Random
  • benci
  • derita
  • konflik
  • love
  • mysecondnovel
  • sadromace

Description

Perkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa berpisah dengan kekasih yang tercinta. "Aku buat semua ni pun sebab aku fikirkan pasal maruah keluarga aku, kalau fikirkan maruah kau aku tak kisah pun. Aku tak kenal kau, aku tak tahu asal-usul kau macam mana. Jadi jangan harap aku nak cintakan kau" - NIK RAFAEL Adhiya sedar siapa dia di mata Nik Rafael. Segala hinaan dan kata nista lelaki ini diterimanya dengan hati terbuka. Walaupun Adhiya dilayan dengan buruk, tetapi dia tetap mahu mengambil hati suaminya. Tetapi sayang, keikhlasan Adhiya langsung tidak dipandang sebelah mata. "Kau tak payah nak berlagak suci depan akulah. Kalau kau tu betul-betul baik, adik aku takkan tinggalkan kau! "- NIK RAFAEL "Saya tak pernah pun mahu curang dengan awak. Saya masih sedar maruah dan batas saya sebagai seorang isteri. Selagi saya masih menjadi milik awak, saya akan tutup hati saya buat mana-mana lelaki"- ADHIYA SAFIRA Akhirnya, Nik Rafael jatuh cinta pada isterinya. Kesabaran dan ketulusan Adhiya membuatkan Nik Rafael kalah dengan egonya. Tetapi seketika cuma, kehadiran Raziq dan kemunculan semula adiknya menambahkan lagi masalah dan konflik menyebabkan Nik Rafael membenci Adhiya semula. "Selama ni aku percaya kau! Aku cintakan kau! Tapi hari ni, tuhan dah bukak mata aku! Kau bukannya perempuan yang baik!Aku nak kau berambus dari sini!Jangan sesekali tunjuk muka kau depan aku!"- NIK RAFAEL Adhiya membawa diri dengan kesedihan yang tak pernah padam. Saat itu juga, Nik Rafael sedar akan kesilapannya dia menyesal. Dia tak patut melayan isterinya sebegitu.. Seharusnya aku.. membalas ketulusan cintanya. Sesalan demi sesalan menimpa dirinya. Adakah Adhiya akan kembali semula pada suaminya? Dapatkah Nik Rafael menebus segala dosanya pada Adhiya?

1

Continue Reading on Wattpad
Seharusny...
by Anihhg
37.1K
541
54
Wattpad