Description
DIANDRA CALLISTA, gadis berdarah kacukan Melayu dan British yang dilahirkan dalam keluarga yang sangat mewah. Setelah beberapa tahun tinggal di Malaysia, akhirnya dia terpaksa kembali di Amerika atas arahan ayahnya. Dia berbeza dengan gadis-gadis yang lain. Kalau gadis diluar sana penuh dengan sifat lemah lembut, sopan santun, dia pula gadis yang langsung tiada sifat seperti itu. Dia mempunyai dua indentiti dan identitinya yang kedua itulah menyebabkan dia terpaksa pulang ke Amerika. Tapi sebab apa? "Sebab aku mafia. Kepala aku terlalu berharga sampai semua mafia buru aku sebab nakkan kepala aku. Kau tak nak?"- DIANDRA CALLISTA. Setelah beberapa hari di Amerika, muncul pula seorang lelaki dalam hidupnya secara tiba-tiba. Apa yang mengejutkan Diandra, lelaki itu adalah tunangnya. "Yes, I'm a mafia. But I don't want your head, I just want your heart."- AYDEN JORIM. Dia, AYDEN JORIM. Seorang yang sangat digeruni semua orang. Dia digelar KING kerana pengaruh dan kuasanya yang sangat luas dan kuat. Tapi siapa sangka lelaki yang mempunyai sifat dingin, kejam dan tidak berhati perut mampu mengucapkan kata-kata seperti itu. Pertemuan diantara mereka tercipta seolah takdir sengaja menemukan dua insan ini tanpa perasaan cinta. Apabila mereka berdua disatukan, perlahan-lahan cinta mula berputik. Tetapi, masalah sentiasa timbul dalam kehidupan seseorang. Begitulah juga dengan mereka, baru sahaja ingin mengecapi kebahagiaan, masalah pula timbul menghancurkan kebahagiaan mereka. "Aku tak sangka yang aku jatuh cinta dengan orang yang patut aku bunuh."- AYDEN JORIM "Awak patut dengar penjelasan saya!"- DIANDRA CALLISTA Apa yang terjadi diantara Ayden dan Diandra?