N.O.O.B - Nukilan O...
By SaifulHaq190
217
11
0
  • Short Story
  • adventure
  • cerpen
  • cerpenmelayu
  • challenge
  • escape
  • family
  • fiksyen
  • horror
  • keluarga
  • life
  • malay
  • misteri
  • mystery
  • new
  • newstory
  • paranormal
  • patriotik
  • pengembaraan
  • remaja
  • saifulhaq
  • seram
  • shortstory
  • thriller

Description

Aku bukanlah sesiapa dalam dunia penulisan ini. Hanya seorang pendatang baru yang sekadar untuk berkongsi cerita dan rasa. Setelah sekian lama memendam cita-cita untuk menulis akhirnya diberikan ruang serta peluang untuk ini. Sebenarnya kebanyakan cerita dalam ini sudah aku coretkan dahulu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur kali ini, aku punyai sedikit keberanian untuk berkongsi cerita di laman media sosial sebagai satu langkah seterusnya ke depan. Dalam usia sebegini, aku yakin aku harus bersedia untuk belajar dan juga mengajar. Jadi untuk itu, jika ada salah, tunjukkanlah cara yang benar. Jika ada terlupa, ingatkanlah dengan hikmah. Dan jika aku masih hilang sedar, doakanlah jangan marah. Setiap penulisan pastinya tercetus dari satu inspirasi. Inspirasi pula sudah tentunya hadir dari sekitar yang terus mengajar erti hidup. Bagi aku, menulis ini adalah salah satu jendela untuk aku melihat dan menikmati dunia ini dengan lebih luas. Di sinilah aku menyelami perasaan sekitar, di sini jugalah aku belajar mengerti makna kehidupan sebenar. Jadi untuk itu, terimalah Nukilan Otak Orang Baru (NOOB) ini sebagai satu pemberian dari orang yang masih noob ini. Nukilan ini merangkumi pelbagai genre yang cuba digarap bersama sebagai sebuah siri cerita pendek. Moga-moga ianya memberi manfaat buat kita bersama. - Saiful Haq - P/S - 1) Sila 'vote' jika ianya menarik agar aku terus termotivasi untuk menulis. 2) Tinggalkan juga komentar jika ada. Bagi tujuan tambahbaik. 3) Follow aku agar tidak terlepas dari sebarang cerita baharu di kemudian hari. Terima kasih semua

Escape Challenge

Continue Reading on Wattpad
N.O.O.B...
by SaifulHaq190
217
11
0
Wattpad