Tak Berhenti Mengha...
By arenayidin
26.6K
34
2
  • Romance
  • berharap
  • hatibatu
  • janji
  • kasih
  • kembali
  • romance
  • tega

Description

SEBUAH penyesalan berawal dari kesilapan yang memang disengajakan. Hanya kerana cuba membutakan mata untuk merelakan, satu hati menjadi mangsa. Sudahnya, memori meninggalkan luka. Parut yang tidak mampu ditanggalkan buat selamanya. Satu angan dibina untuk menebus kesilapan lalu. Namun pahitnya harus ditelan bagai hempedu. "Kita pernah bersama walau tidak sekata. Maafkan aku untuk kali ini..." IZAD FAHIM. Jika dulu sedikit dibuka minda dan mata, hati si dia takkan sebegini terluka. Perginya si dia untuk waktu yang lama, menambah sengsara dan juga dosa. "Hubungan kita dah berakhir. Jangan cari walau di mana saya berada..." ALISA AMANDA. Sekeping hati yang dulunya lebar terbuka demi susuk lelaki yang dicintainya, kini tertutup rapat dan kejap. Hanya masa yang mampu mengubat. "Dulu Intan Najwa yang awak sayangi, saya yang cuma memandang dari tepi. Kini rasa itu tak ada lagi. Jangan pujuk saya kembali." ALISA AMANDA. "Tolong jangan pergi lagi. Kalau aku berhenti, kasihku akan mati..." IZAD FAHIM. Kasih Alisa Amanda kian pudar. Sebuah noktah sudah dia pilih dalam sedar. Izad Fahim hanya tinggal kenangan. Lukanya sudah ditampal dengan dua tapak tangan. Mereka berdua takkan lagi mencipta memori. Walaupun Izad Fahim tak berhenti mengharap untuk memiliki. Namun takdir Tuhan hebatnya di lain sisi. Keduanya diperlukan untuk sebuah lagi cerita yang baru akan diisi. Alisa Amanda merenung kembali sumpah yang pernah dia pegang. Apakah Izad Fahim benar-benar orang yang dia sayang? Atau teman baik yang paling dia sayang akan jadi pilihan? "Saya boleh jadi kawan baik awak, asalkan awak gembira." Benjamin Fawaz.

COMING SOON - BAKAL TERBIT VERSI CETAK

Continue Reading on Wattpad
Tak Berhe...
by arenayidin
26.6K
34
2
Wattpad