Description
Apa yang aku tulis ini belum mampu membuka hati semua orang untuk kenal lebih dekat dengan Allah. Tapi inilah kisah Hijrah ku, Kata-kataku tersekat kerana syariat, Hanya mampu meluahkan agar semua mendapat manfaat, Agar kita lebih dekat dengan Pencipta Cinta kita. =) Dengan nama Allah aku mula berkenalan dengan seorang muslimin yang aku langsung tak pernah terfikir untuk kenal dia lebih rapat dan perwatakan dia yang tegas membuatkan aku benci dengan dia seawal mula bergerak kerja dalam satu kelab organisasi di Universiti ku. Dengan nama Allah juga, tidak aku pinta. Dia hadir membawa kunci hati aku yang selama ini aku kunci hanya pada dia yang halal untukku. Dengan nama Allah juga, aku melepaskan dia di atas penyaksian Syahadah Cinta Ilahi. Moga semua mendapat manfaat. Apa yang diceritakan 90% benar, 10% salah kerana harus merahsiakan beberapa perkara. Salam Ta'aruf & Selamat membaca :)