Description
Hidup aku memang dikawal oleh Baba sejak dulu lagi. Sampai usia aku 22 tahun ni, aku masih dikawal. Kawal macam mana tu? Baba dah letak pengawal peribadi keliling pinggang aku. Bunyi macam hutang, kan? Tapi itulah, kasih seorang ayah. Pekerjaan Baba sebagai CEO Syarikat Sekuriti Angkasa memerlukan kami sekeluarga dijaga rapi. Mungkin ada sahaja makhluk Tuhan yang dengki dan tidak ingin melihat syarikat Baba maju. Bukan mungkin, tapi memang ada. Semakin aku dan adikku menginjak dewasa, kawalan kami semakin ketat. Dari tiga orang pengawal peribadi, sekarang aku 'diberi' seorang lagi pengawal peribadi, Daniel namanya. Pertama kali jumpa, perwatakan dia memang dingin. Tetapi ada kalanya, dia tunjuk sifat manis dan kelembutan dia yang tidak pernah aku lihat pada orang lain. Tetapi, dia memang sangat sensitif dan latar belakang dia pun agak misteri. Ada apa dengan Daniel ni, eh?