Description
{ONGOING} Hidup Airis Malaikha ibarat sunyi dan sangat membosankan kerana tiada yang sudi berteman dengannya.Hal ini kerana dia merupakan seorang yang istimewa dan menghidap penyakit jantung yang kronik. Tambahan pula dia sering menghabiskan masa di hospital kerana penyakit yang dihidapinya. Namun segala-galanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang lelaki berkulit putih pucat dan kelihatan agak dingin di matanya iaitu Min Yoongi.Sebenarnya dia tidaklah terlalu dingin cuma dia bukan jenis yang ramah kepada orang asing. "Mata awak cantik.Saya suka tengok" "Sa-saya emm ni aduh macam mana nak explain eh?Saya cuba belajar bahasa isyarat emm untuk mudahkan awak" Tanpa diduga mereka berdua menjadi semakin rapat kerana hanya dia yang berani untuk berkawan dengannya walaupun telah mengetahui akan penyakit yang dia hadapi kini. Seperti yang kita berdua tahu,jika dua orang lawan jantina bersahabat pasti salah satunya akan memiliki perasaan yang istimewa terhadap temannya. Begitu juga dengan sang jejaka itu. Dia telah jatuh hati terhadap Airis.Airis yang selalu tersenyum.Airis yang selalu berfikiran positif dan Airis yang sentiasa ada dengannya. Kesihatan Airis semakin hari semakin memburuk.Hal ini membuatkan keluarganya bertambah risau.Oleh sebab itu Airis terus dimasukkan ke hospital. Tambahan pula dengan Yoongi yang sibuk dengan acaranya membuatkan Airis meminta agar keadaannya sekarang tidak dikhabarkan kepada Yoongi. Jika suatu hari nanti kematian memisahkan mereka berdua...apa yang akan terjadi selepas itu? #7thbook Start : 3/2/2021