OVER YOU, NOT
By BellaSannah
176.1K
22.0K
4.6K
  • Romance
  • bellasannah
  • cinta
  • heartbreaking
  • keluarga
  • novelmelayu
  • pluviophile
  • romance
  • romantik
  • sedih

Description

PRIVATE. A novel by Bella H. | OVER YOU, NOT [On-going] Suatu ketika dulu, Mata itu pernah memantulkan cahaya cinta yang lagaknya tidak akan pernah mati buat aku. Ayat gramatis dan romantisnya yang mahal hanya dilafazkan kepada aku. Perlindungan dan dominasi dalam diamnya mengikat hati aku kemas. Segala tentang dia hanya istimewa untuk aku. Tapi itu dulu. Sebelum dia menghancurkan sekeping hati aku dan aku akhirnya memilih untuk berpaling pergi dan mengahwini yang lain. Aku nampak bagaimana kecewanya, dan betapa marahnya dia bila aku sudah sah diikat oleh sahabatnya sendiri. Namun, bila di akhir nafas suami aku, yang keluar adalah perkataan maaf dan kebenaran sebelum mengucapkan dua kalimah syahadah, hati aku lebur. Tetapi, aku pasti hati si 'dia' lebih berkecai. Marah? Kecewa? Sudah pasti. 8 tahun aku hidup dan cuba mencintai insan yang bergelar suami yang memulakan segala konflik. Tapi, untuk apa disimpan marah pada yang sudah tiada. Dia suami aku, baik buruknya, akan aku simpan aibnya sampai aku mati. 8 tahun, Pertemuan pertama antara aku dan dia disertai dengan kedinginan yang tidak tercair, mata beku yang tidak beremosi, wajah yang tidak beriak. Mungkinkah perasaan marah dan benci masih wujud buat aku yang pernah mengecewakan? Aku tidak berharapkan apa-apa. Aku cuma mahu menyampaikan maaf bagi pihak yang sudah tiada. Tapi, kenapa bila melihat Natasya yang 8 tahun lepas masih melekat pada dia, aku rasa kecewa? "I see that you are so happy after breaking my heart. Aazad is giving you everything, huh?" "Sorry." Dia senyum sinis. "Sorry? It's easy to say but it will never be the same." Aku tahu tak mudah mahu melupuskan sakit dan kecewa di hatinya. Tambah pula, dia galak menunjukkan dia bahagia tanpa aku. Di bawah gerimis hujan, "Let me go." "Never." "Just let me--" "Not for the second time Rain."

BAB 1

Continue Reading on Wattpad
OVER YOU...
by BellaSannah
176.1K
22.0K
4.6K
Wattpad