Penghulu Bidadariku...
By AliahSyuhada
138.5K
4.4K
1.6K
  • Romance
  • airayyan
  • bidadari
  • dewasa
  • kasih
  • manis
  • penghulu
  • remaja
  • romance

Description

Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang tertakluk di hati, perpisahan menjadi jalan pilihannya. Hanya kerana satu perkhabaran yang meragut kebahagiaan sekaligus membuatkan dia tekad. Tekad untuk mengundurkan diri sehinggakan... "Aisyah Humaira binti Khalid, saya ceraikan awak dengan talak satu." _RAYYAN HARITH_ Setelah tiga tahun berlalu, dia kembali semula. Kembali dengan keadaan diri yang sudah pulih. Kembali dengan tujuan untuk menuntut apa yang pernah dimilikinya. Walhal diri sangat menyedari bahawa dua insan kesayangan itu sudah menjadi hak mutlak lelaki lain. "Saya nak awak, Aira... Saya cuma nakkan awak kembali dalam hidup saya." _RAYYAN HARITH_ "Kemaafan yang awak pinta takkan mampu ubah apa-apa, Rayyan." _AISYAH HUMAIRA_ Sangkanya jalan takdir mereka tidak akan menyatu. Namun, apabila dia sedang belajar untuk redha dengan liku suratan hidup, satu berita sekali lagi hadir dan membuatkan dia hilang arah. Jiwa terasa kembali parah. Sungguh, bukan ini pintanya walaupun dia tahu hanya ini satu-satunya jalan yang dia punya untuk memiliki kembali kebahagiannya dahulu. "Demi Allah, hati saya masih sama. Perasaan ini masih utuh dan takkan pernah berganti. Awak, ibu kepada anak-anak saya... dan saya masih berharap awak menjadi isteri dunia akhirat saya." _RAYYAN HARITH_ "Cinta saya dah berkubur dengan segala kenangan di antara saya dan arwah suami saya. Awak mungkin bapa kepada anak saya, tetapi awak takkan mampu kembali menjadi pendamping hidup saya." _AISYAH HUMAIRA_ Dia pergi, bukan kerana mengalah. Namun, demi memberi ruang dan masa. Dia pergi, bukan bermakna hati sudah pudar rasa. Namun, demi memberi peluang wanita itu menenangkan jiwa. Biar waktu terus berputar. Biar masa berlalu pantas. Biar kenangan berganjak pergi. Andai jodoh sudah tertulis di luh mahfuz, kau dan aku, pasti dipertemukan kembali.

PB | PENGENALAN

Continue Reading on Wattpad
Penghulu...
by AliahSyuhada
138.5K
4.4K
1.6K
Wattpad