Tuan Zarief Khairil...
By AinaNabilaAzman
1.3M
62.2K
3.3K
  • Romance
  • cinta
  • cliche
  • malaysia
  • romance
  • sweet
  • tuanzariefkhairil
  • wattys2020

Description

Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
Tuan Zari...
by AinaNabilaAzman
1.3M
62.2K
3.3K
Wattpad