Dia... Cik Luar Bi...
By syaz_sufiy
3.8K
193
31
  • Romance
  • doctor
  • jajad
  • kampung
  • lecturer
  • lovestory
  • naughty
  • neyney
  • pantun
  • romance
  • school
  • siblings

Description

Kisah epik zaman sekolah Azad Hakeem dan Naina Mikayla yang langsung tak boleh bertemu. Bagai anjing dengan kucing. Ada sahaja mahu diusik oleh si bad boy genius, Azad. Suka melihat cik luar biasa yang pantang dicabar, Naina. Blurb : "Apa hal pandang-pandang ha, Neyney?" soalnya keras. Kerusi yang dijongkang-jongketkan tadi berhenti. Tajam matanya menikam ke anak mata Naina bagai mahu ditelan sahaja Naina itu hidup-hidup. "Apa? Neyney?" soal Naina agak pelik. Muka Azad dipandang meminta penjelasan. "Kenapa? Ada masalah? Neyney?" provok Azad sambil tersenyum senget. Puas Naina beristigfar di dalam hatinya. Baru beberapa minit berjumpa, Naina dah rasa nak balik Kuala Lumpur semula sahaja. Bukan tak tahan dibuli, tetapi takut-takut Naina jadi pembunuh pula di sini. "Oh, tak ada apa masalah pun, Jajad." Selamba Naina menjawab. Buku dan bekas alat tulisnya diletakkan sedikit kasar di atas meja. Pandangan matanya dihalakan ke depan. Gatal biji matanya menatap muka bersegi Azad itu. "Jajad?" Keras suaranya menyoal. Naina ketawa sinis sebelum kepalanya menoleh ke sisi bahu. Muka mengejek ditayang sepuas hatinya. "Kenapa? Ada masalah? Jajad?"

BLURB

Continue Reading on Wattpad
Dia... C...
by syaz_sufiy
3.8K
193
31
Wattpad