Description
Hanya kerana satu wasiat, dua orang sepupu harus disatukan. Zarief Iskandar dan Raisya Ameera. Kahwin dengan sepupu sendiri yang selama ini dianggap tidak lebih dari seorang adik? Demi wasiat, Zarief Iskandar akur. Raisya Ameera juga menolak sekerasnya keputusan itu walaupun jauh di lubuk hatinya, dia menyimpan satu perasaan untuk Zarief Iskandar. Mulut kata tak, hati kata ya. Raisya Ameera yakin dia mampu memberikan cinta, kasih dan sayang serta membina mahligai indah bersama Zarief Iskandar. Zarief Iskandar lakukan semua ini kerana terpaksa. Tiada sekelumit perasaan kasih dan cinta dia untuk Raisya Ameera, isteri yang sah untuknya. Perkahwinan suci itu dinodai dengan dinginnya sikap Zarief Iskandar selepas berkahwin. Dia hanya datang pada Raisya Ameera apabila perlu. "Aku hanya bertahan demi wasiat tu" - Raisya Ameera. "Persetankan wasiat tu, Rai. Rai layak untuk bahagia" - Hans Hanif "Aku tak akan lepaskan kau, Raisya Ameera!" - Zarief Iskandar ⚠️ Slow update ⚠️
Plots
