'AHJUSSI'...
By cahayanurish
90
1
0
  • Romance
  • cahayanurishmenulis
  • cerpen
  • cinta
  • fantasy-romance
  • miraishak
  • novel
  • shortstory

Description

"Saya bukan pekerja encik, jadi, tolong jangan beri arahan lebih-lebih macam ni," jeling Hayati tajam. "Saya dah dapat lampu hijau dari bos awak. Kiranya, arahan saya ini valid juga seperti arahan bos awak." Menanah rasa telinga Hayati mendengar kenyataan syok sendiri yang berlagu keluar dari mulut Encik Azfar itu. Hayati mencebik. Kemudian dia mengeluh panjang. Dia hanya seorang kerani pejabat, bukan ahli kebajikan yang sentiasa melayan 24 jam permintaan orang kampung untuk buat kerja itu ini. . . . . Kisah pendek tentang Nur Hayati yang berdepan dengan pelbagai ragam manusia di pejabatnya. Setelah selesai satu ragam, datang pula yang lain. Bukan seperti kebiasaan seorang kerani yang bekerja di pejabat. Semua kerja dilakukannya tanpa boleh dia berkata TIDAK. Dalam melayari setiap pengalaman menghadapi asam garam kehidupan orang kampung ini, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berusia jauh lebih berusia daripadanya, Encik Azfar. Hidupnya seolah-olah berubah 180 darjah. Awal pertemuan hanyalah kerana urusan kebajikan kampung tetapi lama-kelamaan, asbab pertemuan itu bertukar menjadi bibit-bibit sayang antara mereka berdua. Tapi, bolehkah Hayati membenarkan perasaan sayang itu memenuhi ruang hatinya setelah dia ditinggalkan kerana disyaki 'gila'? Apa pula statusnya Encik Azfar itu sendiri? Apakah kemelut yang bakal dihadapi oleh mereka sekiranya mereka membuat keputusan untuk bersama?

BAB 1

Continue Reading on Wattpad
'AHJ...
by cahayanurish
90
1
0
Wattpad