Description
Anak haram. Kerana nafsu ibu dan ayahnya, dia mendapat title tersebut. Tidak! Dia tidak mahu title itu kekal dengannya! Kerana title ' anak haram' dia dipulaukan. Kerana title itu dia dihina. Kenapa dia dilahirkan sebagai seorang anak yang tidak sah taraf? Di mana silapnya. "Bukan! Bukan salah aku! Ini salah mereka! Salah ibu dan ayah!! Kerana mereka aku sengsara!!" Bentak hati kecil Syafiqah Elyana. "Anak haram macam kau tak layak bergaul dengan kami. Kau tu kotor. Kau lahir hasil sebuah perhubungan yang berlandaskan nafsu. Dan kami? Kami lahir hasil daripada sebuah hubungan yang direstui! Itu beza kau dengan kami semua." Farhana tersenyum sinis. Ditunjal-tunjal dahi gadis didepannya. Syafiqah bungkam. Apa yang harus dia lakukan. Zaman kanak-kanaknya, zaman remajanya, semuanya berantakan. Dia juga mahukan sebuah kehidupan normal seperti orang lain. Bahkan adiknya sendiri membencinya. Ibu dan ayahnya? Mereka kelihatan senang. Sedangkan dia? "Aku malu ada kakak tak sah taraf macam kau!Sebab kau semua kawan aku pulaukan aku!Eh, aku rela jadi anak tunggal daripada ada kakak berstatuskan anak haram macam kau! Kau patut mati!" Bentak Qistina. "Bunuh mereka Fiqah! Bunuh! Mereka bahagia atas penderitaan kau!! Mereka tak layak hidup!" Bisikan demi bisikan kedengaran. Mampukah Syafiqah mengatasi bisikan yang sentiasa menghantuinya. Teguhkan imannya? Siapakah yang akan membantunya? "Awak masih boleh diubati. Psychology awak terganggu." Gila? Tak! Aku tak gila! Bagi merungkai setiap persoalan dan mengetahui pengakhirannya, stay tune for my update. *Vote and share if you like it <3