Diari : Anak Luar N...
By MusafirCintaIllahi
17.2K
186
48
  • Adventure
  • 18
  • cabaran
  • diary
  • hidup
  • kisahbenar
  • sedih

Description

Andai kau merasa cukup berani dan tabah untuk menghadam apa yang bakal Aku kongsikan, Maka dengan besar hati Aku mengalu-alukan kisah hidup Insyirah menjadi tatapan mata mu, Semoga semoga yang bakal aku curahkan kedalam setiap lembaran kertas ini dapat membuka mata mu terhadap setiap cubaan hidup yang mungkin sedang kau lalui dan kebetulan sama dengan Insyirah. Semoga bermanfaat dan memberi pengajaran kerana apa yang bakal Aku kongsikan bukanlah rekaan semata-mata tapi merupakan KISAH BENAR . Mungkin pahit untuk kau telan tapi percayalah benda ini pastinya sedang berlaku disekeliling kita dan kita buta untuk menyedarinya Novel ini mengisahkan tentang 'Aku'. Novel ini bukanlah satu novel untuk Aku mengarang cerita fantasi cinta tidak logik yang hanya mampu dijadikan angan palsu hingga terbawa ke mimpi , sebaliknya untuk menyedarkan para pembaca kembali ke alam realiti. Bukan cerita gadis miskin jatuh cinta kepada CEO kaya yang akhirnya mengahwini dirinya dan kemudian 'Happy Ever After'. Ku ingin gelarkan watak utama di sini sebagai Insyirah ataupun dalam Novel ini aku gelarkan dia sebagai "AKU". Hidup Insyirah bukanlah seperti sinetron atau slot Akasia yang ditayangkan setiap isnin hingga khamis pada jam 7 hingga 8 malam di Tv 3. Bukan juga seperti Cinderella yang didera ibu dan kakak tirinya lalu akhirnya berkahwin dengan anak raja. Terlalu banyak kisah hitam yang perit untuk ditelan ingin "AKU" kongsikan. Bukan tujuanku untuk membuka aib Insyirah yang telah Tuhan tutup dengan sempurna dari mata masyarakat. Bukan juga bertujuan untuk berbangga kerana aku rasakan Kisah ini mampu membuka mata pembaca lain mengenai wujudnya satu dunia yang penuh dengan cabaran yang sukar untuk kita telan. Semoga kisah "AKU" ini dapat memberi kita pengajaran dalam menjalani kehidupan.

Tajuk

Continue Reading on Wattpad
Diari : A...
by MusafirCintaIllahi
17.2K
186
48
Wattpad