GERIMIS (Terbit)
By NureenMirza
205.6K
8.9K
3.4K
  • Romance
  • anak
  • cerai
  • cinta
  • kahwin
  • malang
  • rumahtangga
  • sedih

Description

BLURB GERIMIS Empat tahun Nara menanti kehamilannya. Asalkan yakin dan berusaha, dia percaya rezeki ALLAH itu tetap ada. Saat doktor mengesahkan dia hamil, Nara cukup teruja. Sangkanya, Jazlan turut gembira mendengarnya. Namun, lain pula yang terjadi. Di saat ingin membuat kejutan kepada Jazlan, khabar duka pula yang diterimanya. Jazlan mengaku telah bermain kayu tiga! Berbulan lamanya Jazlan curang dengan si janda muda beranak dua. Hancur luluh hatinya. Mengapa Jazlan tidak sabar menunggu rezeki daripada ALLAH? Mengapa Jazlan tergamak menduakannya? "Abang dah pujuk Wafa, tapi Wafa tak nak bermadu. Maafkan abang sebab terpaksa lepaskan awak." "Abang rela buang Nara demi menjaga hati perempuan tu? Abang cakap sayangkan Nara, tapi semua tu bohong!" Akibat pertelingkahan itu, Nara diceraikan dengan talak satu. Malam itu juga, dia dihalau dari rumah. Dalam hujan gerimis, takdir Yang Maha Esa menemukannya dengan Haq, seorang duda beranak satu. Bertemu Dazrin, anak kesayangan Haq, dia bagaikan mati hidup semula. Namun, sikap Haq yang sukar ditebak membuatkan hidupnya haru-biru. Apa sahaja yang dilakukan serba tidak kena. Dia bagaikan selumbar yang menyucuk mata dan hati Haq. Salahkah jika dia ingin berkongsi kasih dengan anaknya? Sementelah, dia tidak punya sesiapa di dunia ini.

Bab 1 Hamil

Continue Reading on Wattpad
GERIMIS (...
by NureenMirza
205.6K
8.9K
3.4K
Wattpad